Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Belum habis cerita saya tentang satu-satunya anak saudara, Cahaya Edora Aisya.
Kali ini, ingin saya mengimbau empat tahun yang dulu. Ketika majlis tahnik dan cukur jambul beliau.
Dekorasi tempat endoi, cenderahati, bunga telur dan meja pencuci mulut adalah idea saya dan adik yang berkongsi minat.
Kami gunakan kos yang amat sederhana. Mengguna semula barang yang ada di rumah sahaja. Endoi dibalut menggunakan kain lebihan. Bunga dijahit di sekelilingnya.
Manakala dinding latar belakang kami hiasi dengan kipas kertas yang dibuat daripada kertas A4 berwarna-warni, pelbagai saiz. Cuma lipat kertas A4 seperti kipas. Untuk saiz besar, lipat memanjang dan sebaliknya. Kemudian cantumkan dengan stapler.
Di sebelah kanan endoi kami susun aneka rupa bantal dan anak patung comel. Di sebelah kiri diletakkan bunga telur.
Selain itu kami turut menghadiahkan sebuah Al-Ma'thurat dan biskut gula kepada tetamu yang hadir.
Kami menjemput kumpulan Marhaban wanita di Taman Perumahan berdekatan. Sepanjang majlis, Aisyah sangat tenang mendegar alunan syair-syair memuji Allah dan Rasulullah.
Tetamu dijamu dengan pelbagai juadah. Meja pencuci mulut mencuri tumpuan. Ada marshmallow dan buah-buahan celup coklat menjadi tarikan.
Semoga ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Tidak perlu berbelanja besar untuk sesuatu majlis. Buat sendiri itu lebih menyeronokkan.
Sekian.
Ayu.

![]() |
Hiasan dinding latar belakang, endoi, bantal hiasan dan anak patung serta bunga telur |
![]() |
Endoi yang dibalut dengan kain lebihan. Bunga dijahit di tiga bucu |
![]() |
Hiasan bantal dan anak patung |
Selain itu kami turut menghadiahkan sebuah Al-Ma'thurat dan biskut gula kepada tetamu yang hadir.
Kami menjemput kumpulan Marhaban wanita di Taman Perumahan berdekatan. Sepanjang majlis, Aisyah sangat tenang mendegar alunan syair-syair memuji Allah dan Rasulullah.
Tetamu dijamu dengan pelbagai juadah. Meja pencuci mulut mencuri tumpuan. Ada marshmallow dan buah-buahan celup coklat menjadi tarikan.
Semoga ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Tidak perlu berbelanja besar untuk sesuatu majlis. Buat sendiri itu lebih menyeronokkan.
Sekian.
Ayu.
No comments:
Post a Comment