Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Diharap semua pengunjung blog ini dalam keadaan sihat, bahagia dan ceria serta cantik, comel dan tampan bak artis-artis K-pop. Hari ini saya nak bercerita tentang barangan kosmetik Korea.
Sekitar tahun 2011 dan 2012, saya pernah dihantar bekerja di Seoul, Korea Selatan selama lebih kurang setahun. Ketika itu saya memegang jawatan sebagai
Interface Coordinator. Antara tugas saya adalah menyelia kerja-kerja
Detailed Engineering dan
Procurement yang dijalankan oleh Kontraktor projek kami, Hyundai Engineering Company (HEC).
Saya tinggal di sebuah
apartment di Yeouido, sebuah pulau kecil di dalam bandaraya Seoul. Yeouido yang terkenal sebagai pusat kewangan diberi nama jolokan '
Little Manhattan' kerana di sinilah letaknya ibu pejabat bank-bank terkemuka di Korea Selatan.
Sepanjang berada di sana, saya mula jatuh hati dengan barangan kosmetik dan penjagaan kulit buatan Korea. Terdapat banyak pilihan sehingga rambang mata dibuatnya. Kebanyakan produk-produk dihasilkan daripada bahan semulajadi yang organik dan tidak mengandungi banyak bahan kimia.
Disebabkan persaingan yang sengit antara pelbagai jenama, kedai-kedai yang menjual kosmetik sering memberikan sampel percuma kepada pengunjung terutama kepada para pembeli. Pembungkusan produk yang unik dan comel juga menjadi tarikan pembeli. Jangan tidak tahu, ada sesetengah produk yang saya beli semata-mata kerana bentuknya yang comel sebagai koleksi peribadi. Boleh jatuh muflis kalau saya tinggal lebih lama di sana.
Saya masih menyimpan pelbagai sampel produk kosmetik dan
penjagaan kulit dari Korea yang saya dapat sepanjang bekerja di sana. Bayangkan sudah masuk empat tahun. Mungkin ada yang sudah luput tarikh. Ada juga produk yang tidak sesuai untuk digunakan di negara kita yang suhunya panas sepanjang
tahun.
Jadi, sudah sampai masanya untuk saya berpisah dengan koleksi saya ini. Sebelum mereka berpindah ke tong sampah, ingin saya abadikan koleksi itu di blog ini
sebagai kenang-kenangan.
 |
Sampel pelbagai produk penjagaan kulit dan kosmetik dari Korea |
 |
Sampel pelbagai produk penjagaan kulit dari Korea |
 |
Koleksi sampel yang disusun mengikut aturan penjagaan kulit bermula daripada pencuci, toner, pelembap, serum/essence, krim pelindung matahari, BB Cream dan topeng muka |
Wanita di Korea sangat disiplin dalam penjagaan kulit
mereka. Ritual harian wajib di waktu pagi dan malam adalah pembersih, toner, essence, serum dan pelembap. Di sebelah malam, mereka
menambah ‘sleeping mask’ sebagai
langkah terakhir untuk memastikan nutrien daripada produk yang diguna dapat
diserap oleh kulit dengan lebih efektif.
 |
Contoh sampel 'sleeping mask' |
Mereka juga tidak akan meninggalkan rumah tanpa memakai krim pelindung matahari atau 'sun block'. Di Korea, walaupun cuaca sejuk, tapi sinaran UV sangat tinggi. Tidak pelik jika melihat kebanyakan produk mereka mempunyai SPF yang agak tinggi, lingkungan 30 SPF ke atas.
 |
Contoh sampel krim pelindungan matahari dengan SPF 45 dan SPF 50 |
Antara jenama terkenal adalah Etude House, It's Skin, Innisfree, TonyMoly, Nature Republic, Face It, Missha, The Saem, Banila Co., Holika Holika, The Face Shop dan banyak lagi.
Saya sendiri pernah mencuba beberapa produk daripada jenama-jenama di atas. Produk Etude House kegemaran saya adalah pencuci muka Wonder Pore. Produk ini sungguh unik kerana pencuci mukanya berbentuk mousse. Sangat lembut dan menyegarkan.
 |
Antara sampel produk jenama Etude House |
Selain itu, saya pernah menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit Pink Vital Water. Produknya sangat ringan dan tidak melekit. Sangat sesuai digunakan ketika musim sejuk menggantikan kelembapan kulit yang hilang. BB Cream Etude House juga habis sebotol saya gunakan.
 |
Produk penjagaan kulit Pink Vital Water jenama Etude House |
Manakala, bagi jenama It's Skin, saya pernah menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit berasaskan mukus siput babi. Sepanjang berada di sana, produk ini sangat sesuai dengan kulit saya.
 |
Sampel produk jenama It's Skin |
It's Skin juga menghasilkan pelbagai jenis serum. Tapi bagi saya, serum jenama ini terasa 'berat' di kulit saya. Jadi, saya hanya sekadar mencuba sampelnya sahaja.
 |
Antara serum keluaran It's Skin |
BB Cream yang saya sangat setia suatu ketika dahulu adalah dari jenama Missha. Walau harganya agak mahal, namun sapuan BB Cream jenama ini sangat sekata dan tidak bercapuk. Ia membuat kulit nampak semulajadi tanpa mekap.
 |
Sampel produk Missha. BB Cream kegemaran saya adalah yang pertama dan kedua dari kiri gambar |
Jenama The Saem pula saya sukakan topeng muka atau '
mask' mereka. Harganya sangat berpatutan.
 |
Sampel produk jenama The Saem |
Apabila ke butik Nature Republic pula, saya pasti akan membeli gel Aloe Vera mereka yang sangat terkenal. Selalunya saya akan borong untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai hadiah buat saudara mara. Banyak kelebihan gel Aloe Vera ini termasuk melembapkan kulit, merawat kulit terbakar, boleh dijadikan penyegar mata dan pelbagai lagi. Krim pelembap yang mengandungi ginseng dari jenama ini juga pernah saya guna.
Satu lagi produk Nature Republic yang saya masih setia adalah Peeling Foot Mask. Saya akan ceritakan pengalaman menggunakan mask ini dalam entri yang lain.
 |
Sampel produk Nature Republic |
Rakan sekerja Korea saya pernah menghadiahkan saya produk spray muka yang diperbuat daripada air mata air di Kepulauan Jeju berjenama The Face Shop. Produk ini sangat bagus digunakan untuk melembapkan muka yang kering ketika musim sejuk.
 |
Spray muka The Face Shop dari air Pulau Jeju |
Kunjungan saya ke butik Tony Moly, Holika Holika dan Banila Co. selalunya hanya untuk membeli produk kosmetik mereka yang unik dan comel sebagai hadiah buat saudara-mara dan sahabat di Malaysia. Saya masih dalam proses mencari gambar-gambar produk tersebut di dalam hard disk. Insya Allah lain kali saya kepilkan di sini.
 |
Sampel produk Tony Moly |
 |
Sampel produk Holika Holika dan Banila Co. |
Saya belum pernah mencuba apa-apa produk dari Innisfree dan Face It. Innisfree katanya menjual produk berasaskan bahan organik dan semulajadi. Ada sebuah butiknya baru dibuka di Suria KLCC.
 |
Sampel produk Innisfree |
 |
Sampel produk Face It |
Anda pernah makan 'caviar' atau jeruk telur ikan? Di Korea ada produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan ini. Dari mukus siput babi ke telur ikan, ada-ada sahaja kajian dan inovasi mereka.
 |
Produk anti kedut daripada telur ikan atau caviar |
Dengan ini, secara rasmi saya akan berpisah dengan koleksi sampel produk Korea simpanan saya.
Sekian.
Ayu
No comments:
Post a Comment