Saturday 21 January 2017

Kerabu Megi

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Anda pernah dengar kerabu megi? Pernah rasa?

Saya sendiri pernah merasa kerabu megi di beberapa tempat. Tapi hanya satu tempat yang menjadi kegemaran saya iaitu di Suraya Seafood, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Restoran Suraya Seafood

Rasa kerabu megi di sini lain daripada yang lain. Campuran bahan-bahan yang segar dan rangup serta keseimbangan rasa masam, manis dan masin cukup memikat selera. Biras saya yang memperkenalkan restoran dan menu ini.

Kebiasaanya saya akan memesan kerabu megi campur. Ada ayam, daging, sotong dan udang sebagai sumber protein. Bahan asasnya sama iaitu megi, fungus hitam dan putih, hirisan mangga, betik muda, tomato dan lobak merah. Bahan perasanya ada beberapa jenis.

Fungus putih dan hitam serta pilihan makanan laut

Hirisan mangga dan betik muda

Bumbu

Megi dan makanan laut dicelur sebelum dicampur bersama sayur-sayuran dan bumbu

Megi yang digunakan

Proses mencampur kesemua bahan


Kerabu megi yang sudah tinggal separuh
Bau yang sungguh menyelerakan membuatkan saya terus menikmati kerabu megi ini. Sudah separuh mangkuk baru teringat untuk mengambil gambar.

Restoran Suraya Seafood sentiasa penuh dengan pelanggan. Pelbagai menu masakan thai dan makanan laut ada di sini.

Selamat menjamu selera.

Sekian.

Ayu

Piramid Juga Ada di Mexico

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Menjejakkan kaki ke bandar Mexico tidak pernah dalam bayangan saya. Namun saya rasa bertuah apabila ia jadi kenyataan apabila diarah untuk ke sana atas urusan kerja.

Sebelum berangkat, saya dipesan untuk dress down jika pergi ke tempat-tempat awam. Maksudnya, seboleh mungkin untuk tidak memakai pakaian yang terlalu berbeza dengan masyarakat tempatan sehingga boleh menarik perhatian. Saya tidak betul-betul memahami pesanan ini.

Kami ada misi besar di sini. Mencari peluang perniagaan baru untuk syarikat. Membawa imej dan nama syarikat. Kami adalah little ambassador.

Sesampainya di sana, bos mencadangkan supaya kami bersiar-siar di sekeliling bandar untuk mengambil tahu perkembangan terkini atau memerhati perkara-perkara baharu. Ini boleh dijadikan bahan untuk small talk. Tips bagi sesiapa yang berkerja dalam bidang business development.

Barulah saya faham apa yang dimaksudkan dengan dress down. Saya memakai tudung. Mungkin ini boleh menarik perhatian masyarakat tempatan. Majoriti rakyat negara ini menganut agama Roman Katolik.

Antara tempat yang sempat dikunjungi adalah:

1. Basilica of Our Lady of Guadalupe
Ini adalah sebuah gereja Roman Katolik yang terkenal. Dibina berhampiran sebuah bukit di mana penganut Roman Katolik percaya Our Lady of Guadalupe (Virgin Mary) muncul.

Pandangan hadapan Basilica of Our Lady of Guadalupe 

Lukisan di dalam Basilica

2. Teotihuacan
Sebuah tapak sejarah peninggalan tamadun mesoamerica yang juga dikelani sebagai City of Gods. Bukan di Egypt sahaja yang ada piramid. Mexico juga ada. 

Bandar Teotihuacan menempatkan dua buah piramid iaitu Pyramid of the Sun dan Pyramid of the Moon. Diantara kedua piramid ini terletaknya Avenue of the Dead.

Pyramid of the Sun

Saya berjaya memanjat 243 anak tangga dan sampai ke puncak piramid. Disekeliling piramid ada beberapa tinggalan sejarah yang lain, namun strukturnya telah runtuh. Antara yang sempat saya singgah adalah Palace of Jaguars.

Pemandangan dari atas Pyramid of the Sun

Pelancong berusaha memanjat anak tangga untuk ke puncak piramid

Struktur tinggalan sejarah yang telah runtuh
Ilustrasi di Palace of Jaguars
Ulasan tentang gambar Jaguars
Dikatakan lukisan-lukisan di dinding runtuhan dilukis menggunakan dakwat daripada pokok kaktus ini. Saya memerhatikan demo daripada seorang rakyat tempatan, mengorek batang kaktus ini untuk mengeluarkan dakwat berwarna merah.

Pokok kaktus yang dijadikan dakwat
Demo mengeluarkan dakwat daripada batang pokok kaktus


Selebihnya saya hanya sempat menaiki bas hop-on hop-off untuk bersiar-siar di bandar Mexico. Dapatlah saya melihat Palacio de Bellas Artes, National Palace, Mexico City Cathedral dan beberapa monumen lagi yang saya sudah lupa. Gambar yang diambil pun tidak secantik mana kerana teknologi kamera sepuluh tahun yang lepas belum secanggih sekarang. Lagipun gambar diambil dari dalam bas yang sedang bergerak.

Palacio de Bellas Artes
National Palace
Mexico City Cathedral
Ada lagi yang menarik perhatian saya. Model kereta VW Beetles menjadi teksi di bandar Mexico. Badan kereta berwarna hijau manakala bumbung berwarna putih. 

Teksi hijau putih model Beetles di bandar Mexico

Apabila bas berhenti di lampu isyarat merah, dapat saya lihat seorang rakyat tempatan bergegas membersihkan cermin kereta dan menerima bayaran daripada pemandu kereta. Begitu gigih mencari sesuap nasi.

Mencari sesuap nasi
Di sini juga pertama kali saya makan tapas daripada blue corn. Tapas adalah makanan yang terkenal di Mexico. Sampai sekarang saya masih tidak dapat menerima kenapa jagung berwarna biru. Ia sepatutnya berwarna kuning.

Sempat juga saya berkunjung ke kedai cenderamata. Dapatlah saya membeli dua buah jam meja yang kononnya diinspirasi daripada matahari. Saya hadiahkan kepada emak dan mertua.

Patung orang asli Mexico di kedai cenderamata
Diharap pembaca semua sedikit sebanyak dapat mengembara ke Mexico melalui perkongsian saya.

Sekian.

Ayu

Friday 20 January 2017

Hantaran Bertunang

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Ada kisah suka dan duka semasa majlis pertunangan saya dahulu.

Saya berhajat untuk membuat majlis yang kecil sahaja, cukup memanggil saudara-mara terdekat. Namun, seminggu sebelum majlis, mak saya ditimpa musibah. Beliau jatuh di pejabat dan mengakibatkan tulang belakangnya retak. Jadi, fokus kami sekeluarga beralih daripada persiapan majlis kepada menjaga emak.

Memandangkan keadaan emak yang terlantar, saudara-mara, jiran tetangga yang jauh dan dekat semua datang menolong. Saya sangat bersyukur dilimpahi kasih sayang sebegitu rupa. Sebagai seorang sahaja anak perempuan didalam keluarga, tidak termampu saya mengatur semua seorang diri. Allah permudahkan urusan kami.

Saya dan sepupu bergabung menyiapkan hantaran kedua belah pihak. Tamak bunyinya kedua-dua belah hantaran saya uruskan. Tak kisahlah, demi minat. Saya boleh tetapkan tema ikut pilihan hati saya. Bakal tunang (kini suami saya) sudah faham sangat. Dia turutkan sahaja.

Hantaran tunang kedua belah pihak

Hantaran daripada pihak lelaki kononnya bertemakan laut. Sebab itulah berwarna biru. Dihiasi dengan siput dan cengkerang laut koleksi abah. Sirih junjungnya di dalam perahu.

Manakala hantaran daripada pihak perempuan kononnya bertemakan bunga mekar di taman, sedia untuk disunting.

Macam-macam imaginasi saya.

Yang penting, majlis berjalan lancar dan ramai yang menziarahi emak. Tetamu datang membawa berkah dan rahmah, pulangnya membawa keluar dosa ahli rumah. Amin.

Sekian.

Ayu

Makan Durian Guna Sudu

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Salah satu skop tugas semasa di Business Development dan Commercial unit dahulu, saya perlu berurusan dengan bakal rakan kongsi perniagaan yang kebanyakannya dari luar negara. Apabila mereka berkunjung ke Malaysia, sudah tentulah kita akan memperkenalkan budaya, tradisi, makanan dan gaya hidup rakyat tempatan.

Program makan durian, adalah acara wajib. Buahnya yang unik, berduri dan berbau tajam diangkat sebagai Raja Buah. The King of Fruit with pungent smell. Tapi bagi kita rakyat Malaysia, baunya sungguh menyelerakan.



Lucu melihat gelagat mereka bila. Ada yang tidak tahan dengan baunya, namun ada yang berani mencuba. Tips nak mengelak tangan daripada berbau, gunalah sudu. Almaklumlah Mat Salleh semuanya perlu bersudu. Tapi mulut tetap berbau ye.


Sekian.

Ayu

Apa Yang Menarik Di Bintulu

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Sebelum ini ada saya ceritakan yang saya pernah berkerja dalam industri Gas Asli Cecair atau Liquified Natural Gas (LNG). Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berbangga dengan adanya sebuah Kompleks LNG yang terbesar di dunia dalam satu lokasi. Lokasinya di Bintulu, Sarawak.

Suatu masa dahulu saya kerap ke Bintulu atas urusan kerja. Malah saya juga pernah ke salah sebuah Sekolah Rendah di sini ketika melawat makcik yang bertugas sebagai guru di sekolah tersebut.

Apa yang menarik di sini? Selain daripada masyarakatnya yang ramah, saya suka ke Pasar Tamu mencari sayur pucuk midin, belacan, anak jagung, jagung dan buah salak.

Sayur pucuk midin, jagung dan anak jagungnya sungguh manis dan segar. Sambil menulis, kecur liur dibuatnya. Sayur pucuk midin adalah sejenis spesis paku pakis. Batangnya lebih lembut daripada pucuk paku. Sedap digoreng dengan belacan.

Sayur pucuk midin

Jagung

Buah salak
Untuk lebih tahan lama, saya akan membungkus sayur midin dalam surat khabar sebelum dibawa pulang ke semenanjung.

Belacan dari Bintulu juga sedap. Dibungkus dalam daun, sangat unik rupanya.

Ada lagi satu yang menarik, ulat sagu atau ulat mulong.


Kita close-up sikit. Gebu-gebu semuanya. Sumber protein ni. Berani cuba?

Ulat Sagu atau Ulat Mulong
Nah sekarang kalau anda ke Bintulu, sudah tahu apa yang patut dibawa pulang bukan.

Sekian.

Ayu

Tips Membuat Orang Senang Tolong Kita

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Ada orang guna jam meja sebagai alarm. Ada yang guna telefon bimbit. Saya pula guna radio yang dah di set masa. Jam 5.50 pagi radio pun berbunyi memecah kesunyian pagi, menandakan saya perlu bangun, bersiap-siap untuk memulakan hari baru.

Saluran radio KL FM menjadi pilihan saya. Kenapa? Sebab ada banyak informasi. Saluran lain banyak iklan. Bosan.

Antara program yang menjadi kegemaran adalah Az-Zikra pada jam 6.45 pagi. Seronok dengar tazkirah pagi dengan pelbagai kisah Nabi, tafsiran kitab-kitab Islam, doa-doa dan pelbagai lagi.

Seterusnya dalam perjalanan ke tempat kerja, program seperti Berita Pagi, Tips Sihat dan Cantik bersama Dr. Rushmini Ismail, Tips Perniagaan Online bersama Irfan Khairi dan Motivasi Kerjaya menjadi halwa telinga.

Kelmarin Motivasi Kerjaya mengulas satu tips yang baik. Bagaimana untuk membuat orang senang tolong kita. Ini adalah insurans sosial. Kita tidak boleh hidup seorang diri, perlu mendapat kejasama daripada orang sekeliling.

Lebih-lebih lagi di pejabat. Kadanag-kadang kita tengok ada rakan sekerja yang sangat mudah menerima bantuan orang. Ada pula yang bila mereka minta tolong, kita rasa menyampah nak hulurkan bantuan. Ada yang malu nak meminta tolong, sudahnya tertekan buat kerja seorang diri.

Tiga tips utama yang dikongsikan adalah:

  1. Hormati keunikan setiap orang
    • Bila sudah ramai, ada pelbagai ragam dan perangai. Tapi kita tidak boleh sentiasa menganggap yang kita sahaja yang betul. Perlu ada sifat toleransi dang saling hormat-menghormati.
  2. Setiap orang ada potensi diri. Raikan
    • Tidak semua manusia sempurna. Tapi ketidaksempurnaan itu boleh diperbaiki untuk mencapai potensi diri yang lebih baik. Usah dicemuh kekurangan orang. 
  3. Konsep timbal balik 
    • Peka dengan keadaan sekeliling dan proaktif. Jika kita ada sedikit kelebihan, ringan tulang menawarkan pertolongan membantu yang lain.
Selamat beramal.

Sekian.

Ayu

Thursday 19 January 2017

Bila Dah Senior

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Kitaran hidup pasti melalui fasa muda, tua dan mati. Saya yakin sahabat semua pernah mendengar pepatah 'Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi'. Pepatah yang sangat berkait rapat dengan adab-adab dalam hidup bermasyarakat agar wujud keharmonian dan kesentosaan.

Begitu juga halnya di pejabat. Sebagai seorang yang sudah mempunyai sebelas tahun pengalaman berkerja, saya dah dilabel sebagai senior. Tanpa saya sedari, saya menjadi tempat rujukan rakan sekerja yang masih muda.

Kata-kata dan tunjuk ajar saya dalam urusan kerja mahupun berurusan dengan bos dan unit lain menjadi panduan mereka. Membuatkan saya terfikir yang saya harus berhati-hati menuturkan kata-kata, hanya yang positif. Saya juga harus membantu mereka melihat sesuatu yang negatif dalam perspektif yang berbeza. Harus memberi inspirasi dan motivasi.

Terasa tua.

Alhamdulillah, mereka semua terang hati. Senang menerima ilmu. Moga-moga saya menumpang ganjaran keberkatan ilmu yang saya ajar.

Pencarian ilmu saya masi belum berkesudahan. Saya mencari mereka yang lebih berpengalaman dan senior untuk menimba ilmu. Ada masa belajar juga daripada adik-adik yang lebih pakar dalam bidang masing-masing.

Yang penting, hiduplah dengan memberi manfaat pada yang lain.

Sekian.

Ayu

Wednesday 18 January 2017

San Diego Bandar Yang Tenang dan Aman

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Sepuluh tahun lepas, saya pernah berada di San Diego selama dua minggu atas urusan kerja. Walaupun jadual kerja sangat padat, saya sempat meluangkan sedikit masa melawat beberapa tempat-tempat menarik di sana. Kebetulan masa siang lebih lama ketika itu (musim panas).

Di sini jugalah pertama kali saya memberanikan diri keluar bersiar-siar berseorangan kerana memikirkan peluang yang mungkin hanya datang sekali. Memikirkan keselamatan diri, tiada pengalaman, tidak biasa dengan tempat baru dan masa yang terhad, saya mengambil keputusan untuk menaiki tour bus - Old Town Trolley Tours of San Diego. Tiket boleh dibeli di dalam bas, namun saya membeli secara atas talian. Salah satu pit stop adalah di Horton Plaza, sebuah pusat beli belah yang terkenal di San Diego ketika itu yang juga berhampiran dengan hotel saya tinggal.

Ada juga sebahagian tempat yang saya lawati di bawa oleh rakan usahasama kami.

Alhamdulillah hard disk saya masih berfungsi dengan baik, dapatlah mengumpul gambar tempat-tempat yang saya lawati buat kenangan di blog ini.

San Diego Zoo
Binatang di zoo ini kebanyakannya dari Asia, jadi saya tidak terlalu teruja, melainkan panda, kura-kura gergasi, kambing gurun dan unta. Ketika itu, tidak pernah terfikir yang suatu hari saya akan berkerja di padang pasir, dikelilingi unta.

Kasihan unta ini. Ini bukan habitat sebenarnya. Apakan daya, dia juga makhluk yang memberi manfaat, sebagai bahan pembelajaran buat khalifah Allah yang berfikir.


Pada pandangan saya, apa yang menarik di Zoo ini adalah pelbagai persembahan dan program yang sangat interaktif dengan pengunjung. Begitu ramai kanak-kanak sekolah datang sementelah mereka sedang bercuti musim panas.

Old Town Historic State Park
Taman ini meghidupkan kembali kehidupan tradisi rakyat Mexico dan America pada 1821-1872. Ada pelbagai restoran yang menghidangkan makanan Mexico dan California (cajun food), kedai kraftangan dan muzium.

Maritime Museum & USS Midway Museum
Kerana kesuntukan masa, saya tidak masuk ke kedua-dua muzium ini. Saya hanya mengambil gambar di hadapan kapal besar bernama Star of India.

Coronado Island
Sebuah pulau persendirian di San Diego.

Pantai La Jolla
Sebuah pantai di mana terdapat kawasan perumahan elit di atas bukit. Di sini terdapat sebuah kolam di mana terdapat banyak seal dan sea lion bersantai hampir sepanjang tahun. Saya juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam di La Jolla Cove.



Makanan laut - The Fish Market
Memandangkan San Diego terletak di pinggir Pantai Pasifik, tentulah makanan laut yang segar menjadi salah satu tarikan utama. Saya berpeluang menikmati makan malam di The Fish Market, sebuah restoran makanan laut terkenal di San Diego.

Unconditional Surrender Statue
Sebuah patung gergasi setinggi 25 kaki yang menggambarkan seorang kelasi mencium kekasihnya, seorang jururawat, sebagai menyambut kejayaan di Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Patung ini berlatarbelakang USS Midway Museum.


Sekian.

Ayu

Inovasi Bunga Pahar

Teks: Noorfiza Ayu Azmi; Foto: Google dan Koleksi Penulis
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Saya sangat suka majlis perkahwinan. Mata saya akan melilau melihat hiasan pelamin, hantaran, buah tangan untuk tetamu, meja makan pengantin dan bunga telur. Tak kisah murah atau mahal, semuanya menjadi sajian mata saya. Saya lebih menghargai sesuatu yang cantik tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar.

Kebiasaanya, apabila majlis di rumah pengantin lelaki atau juga dipanggil majlis menghantar menantu, pihak pengantin perempuan akan tiba dengan bunga pahar. Ia adalah jambangan bunga telur yang disusun di atas pahar (rujuk gambar di bawah).



Jambangan yang besar ini sudah tentu menyempitkan ruang di dalam bonet kereta. Bayangkan dengan beg-beg dan barang keperluan lain. Maklum sajalah jika jarak ke rumah pengantin beratus kilometer jauhnya.

Jadi, saya telah membuat sedikit inovasi untuk memudahkan urusan membawa pulang bunga pahar. Saya menggubah bunga telur di dalam bakul. 

Sudah lima kali saya membuat gubahan bunga telur di dalam bakul untuk majlis kenduri kahwin ahli keluarga terdekat. Hati saya berbunga riang apabila melihat bakul itu diusung ke sana ke mari dengan mudah sebelum rombongan tetamu pulang. 

Inilah antara hasil kerja tangan saya. Gubahan terkini yang saya buat untuk majlis kenduri kahwin adik bongsu pada bulan Disember lepas tidak sempat saya rakamkan sebagai kenangan. 


Telur boleh dimakan. Gubahan di dalam bakul boleh dijadikan hiasan. Dua dalam satu.

Sekian.

Ayu

Techno-Commercial Due Diligence

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Hari ini saya nak bercerita tentang penilaian teknikal dan komersial atau dalam Bahasa Inggeris Techno-Commercial Due Diligence.

Sebelum membuat pelaburan di dalam sesebuah projek atau menjalinkan usahasama dengan sesebuah organisasi, penilaian yang teliti dalam pelbagai aspek amat penting.

Ini dapat memastikan risiko yang bakal dihadapi dapat dikenalpasti dari awal untuk merancang strategi mengatasi atau mengurangkan impak sesuatu risiko.

Techno-Commercial Due Diligence adalah suatu initiatif yang biasa dilakukan. Antara elemen yang termasuk dalam checklist adalah:

Teknikal

  • Pengurusan projek merangkumi aspek keupayaan dan kompetensi Kontractor Utama dalam menyiapkan skop kerja mereka, strategi kontrak, organisasi projek, pengurusan skop, masa dan kos projek
  • Technical Design including proprietary
  • Operasi dan penyelenggaraan
  • Permit dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
  • HSE
  • Pengurusan pihak-pihak berkepentingan termasuk masyarakat setempat, NGO, Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan 
Komersial

  • Kedudukan kewangan rakan usahama dan Kontraktor
  • Strategi pemasaran
  • Strategi jangka panjang (growth)
  • Terma dan syarat kontrak
  • Kontrak yang perlu disediakan
  • Operasi bisnes - urusan jual beli, import eksport
  • Cukai, Levi dan sebagainya
  • Pelepasan kastam
Senarai di atas adalah antara yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Mungkin ada lagi elemen-elemen yang perlu diambil kira bergantung kepada jenis pelaburan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sekian.

Ayu

Tuesday 17 January 2017

Terserempak Alligator di Louisiana

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Pengalaman saya melawat tapak projek adalah pada tahun 2007. Ketika itu, walaupun saya baru setahun berkerja dalam bidang Business Development, saya telah diberi peluang untuk menjadi salah seorang ahli pasukan special taskforce untuk menjalankan penilaian teknikal dan komersial.

Kebiasaannya penilaian sebegini dibuat sebelum syarikat membuat sesuatu pelaburan, lebih-lebih lagi yang melibatkan modal yang besar.

Tapak projek ini terletak di Calcasieu Channel, Hackberry, Louisiana. Di sini bakal dibina sebuah loji gas asli cecair atau Liquefied Natural Gas (LNG).

Jika tidak salah, perjalanan kami dari bandar Houston ke Louisiana mengambil masa lima jam. Kami singgah makan tengahari di sebuah restoran tempatan yang menghidangkan cajun food. Terperanjat saya melihat peha katak sebagai salah satu menu pilihan di restoran tersebut. Saya yang memang geli dengan katak tidak dapat membayangkan bagaimana rupa makanan itu.

Selesai makan, ada seorang wanita menyapa kumpulan kami dan memberi salam. Rupanya beliau seorang muslim dan terpanggil untuk menegur kami setelah melihat saya yang memakai tudung. Katanya teringin untuk memakai tudung, tapi takut tidak diterima oleh masyarakat sekeliling. Sempat kami bertukar-tukar pandangan tentang kehidupan muslim sebagai minoriti di situ.

Setibanya di tapak projek, kami disambut oleh Project Team. Kami di bawa melihat kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan.



Apa yang menarik perhatian saya ketika itu adalah loji ini terletak jauh ke dalam sebatang sungai. Oleh itu, sungai tersebut perlu dikorek supaya kedalamannya dapat membenarkan kapal seberat ~120,000 tan (anggaran kasar) keluar masuk. Saya dapat melihat kapal mengorek pasir yang sedang beroperasi.



Selain itu, di sini adalah habitat asal Alligator. Sebelum projek ini dijalankan, proses pemindahan Alligator ke habitat baru telah dilakukan. Ada beberapa keping gambar Project Team bersama Alligator terpamer di notice board. Kami terserempak juga dengan seekor anak Alligator semasa melawat kawasan projek.

Di sini juga saya melihat pembinaan floating roof tank buat pertama kali. Sungguh teruja masuk ke dalam sebuah tangki yang besar dan melihat bagaimana atapnya di bina dari dalam tangki itu sendiri. Setelah selesai pembinaanya nanti, atap ini akan dinaikkan ke atas tangki.

Dalam perjalanan pulang ke Houston, kami sempat meninjau kesan-kesan kemusnahan harta benda akibat daripada taufan Katrina pada tahun 2005. Sungguh menyayat hati.

Saya amat berterima kasih kepada Bos yang memberi saya peluang keemasan begini walau saya masih setahun jagung ketika itu. Tak sangka penglibatan saya dalam projek tidak berhenti setakat itu sahaja, malah membawa saya lebih jauh.

Nanti saya coretkan pengalaman lain pula.

Sekian.

Ayu

Monday 16 January 2017

Zikir 9 Stesen

Teks: Noorfiza Ayu Azmi; Foto: Google
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Bertuah sungguh warga Kuala Lumpur dikurniakan jaringan pengangkutan awam yang boleh dibanggakan. Sepanjang hidup saya, alhamdulillah saya berpeluang merasai pengalaman menaiki tren di Korea Selatan, Sepanyol, London dan Paris. Apa yang saya boleh katakan, tren di negara kita juga tidak kurang hebatnya.

Sempena entri ke-9, saya nak kongsikan keuntungan yang anda boleh jana sepanjang melalui 9 stesen LRT. Dengan anggaran perjalanan 20 minit, anda mampu habiskan 4 zikir di bawah. Salah satu cara kita mensyukuri nikmat menaiki tren.


Subhanallahi wa bi hamdihi Subhanallahil azim - 100 kali



Astaghfirullahalazim - 100 kali


Hasbiya Allahu lailahaillahuwa alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul arshil azim - 100 kali


Selawat Nabi - 100 kali


Banyak bukan! Tak percaya? Cubalah.

Selamat beramal.

Sekian.

Ayu

Gubahan Dulang Mas Kahwin dan Barang Kemas

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Hari ini jom saya ajarkan langkah demi langkah menyiapkan dulang untuk mas kahwin dan barang kemas. Dapatlah jimatkan kos upah. Hasil tangan sendiri juga lebih sentimental.

Apa yang anda perlukan:

- Dulang hantaran (boleh dipinjam atau disewa)
- Span bunga berwarna hijau (RM2)
- Aluminium foil (ambil dari dapur emak)
- Bunga plastik (kombinasi beberapa jenis bunga dan warna)
- Glue Gun

Langkah-langkah:

1. Belah span bunga kepada empat bahagian memanjang.
2. Balut span dengan aluminium foil.
3. Susun span di sisi dulang hantaran. Gamkan pada dulang.


4. Kerat bunga dari jambangan kepada saiz yang sesuai dengan bekas hantaran.
5. Susun bunga-bunga utama sebagai asas gubahan. Langkah ini amat penting untuk memastikan keseimbangan gubahan yang bakal dihasilkan


6. Penuhkan span dengan bunga-bungaan. Langkah ini mengasah kreativiti. Jangan takut atau risau tentang kesempurnaan. Spontan itu menjadikan gubahan nampak semulajadi.


7. Kemaskan dengan bunga-bunga kecil dan daun-daun paku.


Tahniah! Anda berjaya menyiapkan satu gubahan sendiri.

Kos gubahan ini tidak sampai RM10. Dengan sedikit imaginasi, bijak memilih jenis bunga dan warna, anda boleh berjimat. Apalagi jika ada peluang untuk mengitar semula bunga yang sudah ada di rumah, bertambah jimat.

Teruskan langkah-langkah yang sama untuk hantaran yang lain. Cuma tukar kedudukan bunga, sama ada di penjuru, di hadapan atau di sisi barang. Ikut kesesuaian dan kreativiti.



Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.

Selamat mencuba.

Sekian.

Ayu