Saturday 21 January 2017

Kerabu Megi

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Anda pernah dengar kerabu megi? Pernah rasa?

Saya sendiri pernah merasa kerabu megi di beberapa tempat. Tapi hanya satu tempat yang menjadi kegemaran saya iaitu di Suraya Seafood, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Restoran Suraya Seafood

Rasa kerabu megi di sini lain daripada yang lain. Campuran bahan-bahan yang segar dan rangup serta keseimbangan rasa masam, manis dan masin cukup memikat selera. Biras saya yang memperkenalkan restoran dan menu ini.

Kebiasaanya saya akan memesan kerabu megi campur. Ada ayam, daging, sotong dan udang sebagai sumber protein. Bahan asasnya sama iaitu megi, fungus hitam dan putih, hirisan mangga, betik muda, tomato dan lobak merah. Bahan perasanya ada beberapa jenis.

Fungus putih dan hitam serta pilihan makanan laut

Hirisan mangga dan betik muda

Bumbu

Megi dan makanan laut dicelur sebelum dicampur bersama sayur-sayuran dan bumbu

Megi yang digunakan

Proses mencampur kesemua bahan


Kerabu megi yang sudah tinggal separuh
Bau yang sungguh menyelerakan membuatkan saya terus menikmati kerabu megi ini. Sudah separuh mangkuk baru teringat untuk mengambil gambar.

Restoran Suraya Seafood sentiasa penuh dengan pelanggan. Pelbagai menu masakan thai dan makanan laut ada di sini.

Selamat menjamu selera.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment