Sunday 15 January 2017

Sempena Sedekad Makan Gaji

Teks: Noorfiza Ayu Azmi; Foto: Google
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Tahun 2016 genap sedekad saya berkerja dengan syarikat minyak dan gas multinational kebanggaan negara. Sepuluh tahun mengutip pengalaman, ilmu dan pengajaran yang mematangkan saya.

Empat tahun pertama, saya ditempatkan di bawah salah satu subsidiari yang menguruskan perkara-perkara berkaitan pemasaran Liquefied Natural Gas (LNG) daripada Kompleks LNG terbesar di dunia dalam satu lokasi yang terletak di Bintulu, Sarawak. Di samping itu, saya juga terlibat dalam strategi mengembangkan sayap bisnes ("business development") ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Sebagai seorang graduan kejuruteraan, saya ingin mengetahui potensi saya dalam bidang teknikal. Saya kemudian berpindah ke subsidiari yang menguruskan projek-projek usahasama di industri huluan antarabangsa.

Saya berpeluang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek-projek di Afrika - Mozambique, Equatorial Guinea, Chad, Egypt, Cameroon, Algeria dan Gabon; Atlantik Utara - Greenland; dan Azerbaijan. Ada yang diuruskan dari Malaysia dan ada yang membawa saya ke negara berkenaan atau negara di mana Kontraktor projek tersebut berpusat.

Pendedahan ini membuatkan saya terasa ingin mengutip lebih banyak pengalaman dalam bidang pengurusan projek, mendalami ilmu dan menambahbaik kemahiran saya dalam bidang ini.

Di entri akan datang, saya kongsikan serba sedikit pengalaman pengembaraan saya serta perkara-perkara berkaitan pengurusan projek buat manfaat bersama.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment