Wednesday 18 January 2017

Inovasi Bunga Pahar

Teks: Noorfiza Ayu Azmi; Foto: Google dan Koleksi Penulis
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Saya sangat suka majlis perkahwinan. Mata saya akan melilau melihat hiasan pelamin, hantaran, buah tangan untuk tetamu, meja makan pengantin dan bunga telur. Tak kisah murah atau mahal, semuanya menjadi sajian mata saya. Saya lebih menghargai sesuatu yang cantik tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar.

Kebiasaanya, apabila majlis di rumah pengantin lelaki atau juga dipanggil majlis menghantar menantu, pihak pengantin perempuan akan tiba dengan bunga pahar. Ia adalah jambangan bunga telur yang disusun di atas pahar (rujuk gambar di bawah).



Jambangan yang besar ini sudah tentu menyempitkan ruang di dalam bonet kereta. Bayangkan dengan beg-beg dan barang keperluan lain. Maklum sajalah jika jarak ke rumah pengantin beratus kilometer jauhnya.

Jadi, saya telah membuat sedikit inovasi untuk memudahkan urusan membawa pulang bunga pahar. Saya menggubah bunga telur di dalam bakul. 

Sudah lima kali saya membuat gubahan bunga telur di dalam bakul untuk majlis kenduri kahwin ahli keluarga terdekat. Hati saya berbunga riang apabila melihat bakul itu diusung ke sana ke mari dengan mudah sebelum rombongan tetamu pulang. 

Inilah antara hasil kerja tangan saya. Gubahan terkini yang saya buat untuk majlis kenduri kahwin adik bongsu pada bulan Disember lepas tidak sempat saya rakamkan sebagai kenangan. 


Telur boleh dimakan. Gubahan di dalam bakul boleh dijadikan hiasan. Dua dalam satu.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment