Friday 20 January 2017

Tips Membuat Orang Senang Tolong Kita

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Ada orang guna jam meja sebagai alarm. Ada yang guna telefon bimbit. Saya pula guna radio yang dah di set masa. Jam 5.50 pagi radio pun berbunyi memecah kesunyian pagi, menandakan saya perlu bangun, bersiap-siap untuk memulakan hari baru.

Saluran radio KL FM menjadi pilihan saya. Kenapa? Sebab ada banyak informasi. Saluran lain banyak iklan. Bosan.

Antara program yang menjadi kegemaran adalah Az-Zikra pada jam 6.45 pagi. Seronok dengar tazkirah pagi dengan pelbagai kisah Nabi, tafsiran kitab-kitab Islam, doa-doa dan pelbagai lagi.

Seterusnya dalam perjalanan ke tempat kerja, program seperti Berita Pagi, Tips Sihat dan Cantik bersama Dr. Rushmini Ismail, Tips Perniagaan Online bersama Irfan Khairi dan Motivasi Kerjaya menjadi halwa telinga.

Kelmarin Motivasi Kerjaya mengulas satu tips yang baik. Bagaimana untuk membuat orang senang tolong kita. Ini adalah insurans sosial. Kita tidak boleh hidup seorang diri, perlu mendapat kejasama daripada orang sekeliling.

Lebih-lebih lagi di pejabat. Kadanag-kadang kita tengok ada rakan sekerja yang sangat mudah menerima bantuan orang. Ada pula yang bila mereka minta tolong, kita rasa menyampah nak hulurkan bantuan. Ada yang malu nak meminta tolong, sudahnya tertekan buat kerja seorang diri.

Tiga tips utama yang dikongsikan adalah:

  1. Hormati keunikan setiap orang
    • Bila sudah ramai, ada pelbagai ragam dan perangai. Tapi kita tidak boleh sentiasa menganggap yang kita sahaja yang betul. Perlu ada sifat toleransi dang saling hormat-menghormati.
  2. Setiap orang ada potensi diri. Raikan
    • Tidak semua manusia sempurna. Tapi ketidaksempurnaan itu boleh diperbaiki untuk mencapai potensi diri yang lebih baik. Usah dicemuh kekurangan orang. 
  3. Konsep timbal balik 
    • Peka dengan keadaan sekeliling dan proaktif. Jika kita ada sedikit kelebihan, ringan tulang menawarkan pertolongan membantu yang lain.
Selamat beramal.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment