Sunday 15 January 2017

Berjinak-jinak Berbisnes

Teks: Noorfiza Ayu Azmi; Foto: Google
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Anda tentu pernah dengar sebuah hadith di mana Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "9 daripada 10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan". (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dalam surah Al-Mutaffifin juga ada menyebut tentang adab membuat timbangan dalam perniagaan.

Di entri lepas saya ada menyentuh sedikit pengalaman saya dalam bisnes kecil-kecilan, secara suka-suka:

"Sejak di bangku sekolah, saya sudah berjinak-jinak dengan perniagaan. Pernah mengambil tempahan membuat gelang tiub daripada rakan-rakan sekolah, menjual tanglung dan sagun (sejenis makanan) buatan makcik.

Kejayaan paling besar semasa berniaga di Sekolah Rendah adalah menjual nasi lemak air tangan makcik. Namun, ia tidak bertahan lama dek kerana aduan oleh pihak kantin.

Semasa di Sekolah Menengah, saya turut serta dalam Karnival Usahawan, menjual bunga ros dan lukisan jubin. Kami juga membuat servis penghantaran. Seterusnya, pernah bersama rakan-rakan secara usahama menjual tomyam, pizza maggi dan coconut shake semasa Majlis Sambutan Hari Guru (kalau tak silap).

Minat pada bunga, kraf dan masakan tidak berhenti di situ.

Saya sering membantu saudara menjual bunga di tapak konvo UPM dan UiTM. Selain itu, saya juga mengambil tempahan daripada kalangan saudara-mara dan rakan terdekat untuk membuat bunga telur dan gubahan hantaran.

Manakala, minat pada masakan disalurkan kepada penjualan nasi lemak dan hotdog (berserta servis penghantaran) semasa di Universiti yang diusahakan bersama sahabat baik."

Saya masih menanam azam untuk mempunyai perniagaan sendiri pada suatu hari nanti.
Mungkin salah satu daripada cabang bisnes ini - sebuah kedai makan, kedai bunga, pengedar makanan sejuk beku, kebun kecil atau pusat tuisyen.

Orang kata, kita mesti selalu gambarkan impian kita dalam imaginasi. Doakan saya ye.



Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment