Friday 20 January 2017

Hantaran Bertunang

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Ada kisah suka dan duka semasa majlis pertunangan saya dahulu.

Saya berhajat untuk membuat majlis yang kecil sahaja, cukup memanggil saudara-mara terdekat. Namun, seminggu sebelum majlis, mak saya ditimpa musibah. Beliau jatuh di pejabat dan mengakibatkan tulang belakangnya retak. Jadi, fokus kami sekeluarga beralih daripada persiapan majlis kepada menjaga emak.

Memandangkan keadaan emak yang terlantar, saudara-mara, jiran tetangga yang jauh dan dekat semua datang menolong. Saya sangat bersyukur dilimpahi kasih sayang sebegitu rupa. Sebagai seorang sahaja anak perempuan didalam keluarga, tidak termampu saya mengatur semua seorang diri. Allah permudahkan urusan kami.

Saya dan sepupu bergabung menyiapkan hantaran kedua belah pihak. Tamak bunyinya kedua-dua belah hantaran saya uruskan. Tak kisahlah, demi minat. Saya boleh tetapkan tema ikut pilihan hati saya. Bakal tunang (kini suami saya) sudah faham sangat. Dia turutkan sahaja.

Hantaran tunang kedua belah pihak

Hantaran daripada pihak lelaki kononnya bertemakan laut. Sebab itulah berwarna biru. Dihiasi dengan siput dan cengkerang laut koleksi abah. Sirih junjungnya di dalam perahu.

Manakala hantaran daripada pihak perempuan kononnya bertemakan bunga mekar di taman, sedia untuk disunting.

Macam-macam imaginasi saya.

Yang penting, majlis berjalan lancar dan ramai yang menziarahi emak. Tetamu datang membawa berkah dan rahmah, pulangnya membawa keluar dosa ahli rumah. Amin.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment