Saturday 21 January 2017

Piramid Juga Ada di Mexico

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Menjejakkan kaki ke bandar Mexico tidak pernah dalam bayangan saya. Namun saya rasa bertuah apabila ia jadi kenyataan apabila diarah untuk ke sana atas urusan kerja.

Sebelum berangkat, saya dipesan untuk dress down jika pergi ke tempat-tempat awam. Maksudnya, seboleh mungkin untuk tidak memakai pakaian yang terlalu berbeza dengan masyarakat tempatan sehingga boleh menarik perhatian. Saya tidak betul-betul memahami pesanan ini.

Kami ada misi besar di sini. Mencari peluang perniagaan baru untuk syarikat. Membawa imej dan nama syarikat. Kami adalah little ambassador.

Sesampainya di sana, bos mencadangkan supaya kami bersiar-siar di sekeliling bandar untuk mengambil tahu perkembangan terkini atau memerhati perkara-perkara baharu. Ini boleh dijadikan bahan untuk small talk. Tips bagi sesiapa yang berkerja dalam bidang business development.

Barulah saya faham apa yang dimaksudkan dengan dress down. Saya memakai tudung. Mungkin ini boleh menarik perhatian masyarakat tempatan. Majoriti rakyat negara ini menganut agama Roman Katolik.

Antara tempat yang sempat dikunjungi adalah:

1. Basilica of Our Lady of Guadalupe
Ini adalah sebuah gereja Roman Katolik yang terkenal. Dibina berhampiran sebuah bukit di mana penganut Roman Katolik percaya Our Lady of Guadalupe (Virgin Mary) muncul.

Pandangan hadapan Basilica of Our Lady of Guadalupe 

Lukisan di dalam Basilica

2. Teotihuacan
Sebuah tapak sejarah peninggalan tamadun mesoamerica yang juga dikelani sebagai City of Gods. Bukan di Egypt sahaja yang ada piramid. Mexico juga ada. 

Bandar Teotihuacan menempatkan dua buah piramid iaitu Pyramid of the Sun dan Pyramid of the Moon. Diantara kedua piramid ini terletaknya Avenue of the Dead.

Pyramid of the Sun

Saya berjaya memanjat 243 anak tangga dan sampai ke puncak piramid. Disekeliling piramid ada beberapa tinggalan sejarah yang lain, namun strukturnya telah runtuh. Antara yang sempat saya singgah adalah Palace of Jaguars.

Pemandangan dari atas Pyramid of the Sun

Pelancong berusaha memanjat anak tangga untuk ke puncak piramid

Struktur tinggalan sejarah yang telah runtuh
Ilustrasi di Palace of Jaguars
Ulasan tentang gambar Jaguars
Dikatakan lukisan-lukisan di dinding runtuhan dilukis menggunakan dakwat daripada pokok kaktus ini. Saya memerhatikan demo daripada seorang rakyat tempatan, mengorek batang kaktus ini untuk mengeluarkan dakwat berwarna merah.

Pokok kaktus yang dijadikan dakwat
Demo mengeluarkan dakwat daripada batang pokok kaktus


Selebihnya saya hanya sempat menaiki bas hop-on hop-off untuk bersiar-siar di bandar Mexico. Dapatlah saya melihat Palacio de Bellas Artes, National Palace, Mexico City Cathedral dan beberapa monumen lagi yang saya sudah lupa. Gambar yang diambil pun tidak secantik mana kerana teknologi kamera sepuluh tahun yang lepas belum secanggih sekarang. Lagipun gambar diambil dari dalam bas yang sedang bergerak.

Palacio de Bellas Artes
National Palace
Mexico City Cathedral
Ada lagi yang menarik perhatian saya. Model kereta VW Beetles menjadi teksi di bandar Mexico. Badan kereta berwarna hijau manakala bumbung berwarna putih. 

Teksi hijau putih model Beetles di bandar Mexico

Apabila bas berhenti di lampu isyarat merah, dapat saya lihat seorang rakyat tempatan bergegas membersihkan cermin kereta dan menerima bayaran daripada pemandu kereta. Begitu gigih mencari sesuap nasi.

Mencari sesuap nasi
Di sini juga pertama kali saya makan tapas daripada blue corn. Tapas adalah makanan yang terkenal di Mexico. Sampai sekarang saya masih tidak dapat menerima kenapa jagung berwarna biru. Ia sepatutnya berwarna kuning.

Sempat juga saya berkunjung ke kedai cenderamata. Dapatlah saya membeli dua buah jam meja yang kononnya diinspirasi daripada matahari. Saya hadiahkan kepada emak dan mertua.

Patung orang asli Mexico di kedai cenderamata
Diharap pembaca semua sedikit sebanyak dapat mengembara ke Mexico melalui perkongsian saya.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment