Sunday 5 February 2017

Hanya 4 Minit Senaman Tabata Yang Menyihatkan

Teks: Noorfiza Ayu Azmi; Foto: Google
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Diharap anda semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Selain menulis, tahun ini saya berazam untuk memperbaiki tahap kesihatan dengan lebih berdisiplin mengambil suplemen tambahan serta bersenam.

Tapi masalah saya yang paling besar adalah melawan penyakit 'malas'. Inikan pula mendisiplinkan diri untuk bersenam secara berkala.

Sehinggalah saya bertemu dengan satu senaman yang mudah di Facebook. Senaman Tabata. Hanya perlu empat minit sehari. Muziknya juga sangat bersemangat. Sudah seminggu saya berjaya mempraktikkannya. Setiap pagi sebelum solat Subuh.

Senaman Tabata tergolong dalam senaman berselingan intensiti tinggi (High Intensity interval Training, HIIT). Ianya dicipta oleh Dr. Izumi Tabata, seorang saintis dari Institut Kecergasan dan Sukan Kebangsaan (Institute of Fitness and Sports) di Tokyo, Jepun. 

Berdasarkan kajian Dr. Tabata ke atas dua kumpulan atlet mendapati senaman ini memberikan impak positif kepada sistem kesihatan kardiovaskular dan otot. Manakala, Dr. Michele Olson dari Amerika Syarikat menyatakan bahawa senaman Tabata akan membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan dua kali ganda seseorang selama 30 minit selepas itu. 

Bagaimana melaksanakannya?
Anda boleh melakukan lapan kombinasi rutin senaman yang mudah sepanjang empat minit ini antaranya lompat bintang, push ups, pelbagai jenis squats, burpees, mountain climbers, butt kicker, planks, bicycle crunches dan banyak lagi. Semua gerakan ini fokus kepada otot-otot utama seperti perut, peha dan lengan.

Lakukan rutin pertama selama 20 saat dan rehat selama 10 saat. Ulang cara ini untuk rutin kedua hingga kelapan sampai tamat empat minit. Mudah bukan.



Sebagai alternatif, anda boleh muat turun video ini sebagai panduan:
  1. https://www.facebook.com/TipsKempiskanPerut/videos/187159045028606/
  2. https://www.facebook.com/coachkempisperut/videos/235192226891217/
  3. https://www.facebook.com/KelabKempisPutih/videos/847250492084548/

Jika anda perasan, apakah persamaan pada ketiga-tiga video senaman Tabata ini? Ye, tajuknya adalah berkaitan kempis perut. 

Jadi apa tunggu lagi. Jom bersenam!

Sekian.

Ayu


No comments:

Post a Comment