Tuesday 7 February 2017

Kejuruteraan Nilai

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca.

Saya rasa seperti ingin mendokumentasikan apa yang saya tahu tentang Kejuruteraan Nilai.

Ini pertama kali saya menyebutnya dalam Bahasa Melayu. Selalunya dalam Bahasa Inggeris, Value Engineering.

Terdetik untuk mencari kata kunci 'Kejuruteraan Nilai' di Google. Tidak saya sangka selain daripada nama-nama syarikat, ada juga laman sesawang yang memberikan informasi tentang topik ini di dalam Bahasa Melayu. Walaupun tidak banyak, hanya satu atau dua pautan yang sah, saya sungguh teruja.

Saya belum bersedia untuk menulis topik akademik begini. Saya daif kosa kata. Namun, saya cuba.

Objektif utama Kejuruteraan Nilai atau Value Engineering adalah untuk menambah baik nilai sesebuah projek. Ia dapat dicapai melalui satu proses sistematik yang menganalisa setiap fungsi pelbagai disiplin dalam sesebuah projek.

Dalam perspektif ini, 'nilai' ditakrifkan sebagai ganjaran atau hasil pulangan yang wajar dalam bentuk harta benda, servis, masa atau wang selepas sesuatu penukaran atau penambahbaikan dibuat.

Jika anda pernah mendengar optimum kos dan reka bentuk atau proses yang dipermudahkan, ini adalah contoh aplikasi Kejuruteraan Nilai.

Dengan kata lain, Nilai = Fungsi / Sumber.

Fungsi ditakrifkan sebagai prestasi atau pencapaian yang diharapkan.
Sumber adalah bahan, tenaga kerja, harga dan waktu yang digunakan untuk menepati fungsi.

Kejuruteraan Nilai boleh dijalankan dalam tiga fasa. Fasa pertama, persiapan sebelum bengkel. Fasa kedua, bengkel Kejuruteraan Nilai. Fasa ketiga, perlaksanaan.

Bilakah Kejuruteraan Nilai sesuai dijalankan?

Analisa fungsi pelbagai disiplin boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh sesebuah projek berlangsung. Lebih awal ia dibuat lebih banyak nilai yang bakal diperoleh melalui pelaksanaan efektif.

Cukup setakat ini dulu perkongsian topik ini. Jika ada yang ingin mengethaui lebih lanjut mengenai topik ini, boleh email saya.

Saya tinggalkan anda dengan ilustrasi di bawah yang memberi gambaran tentang Kejuruteraan Nilai.

Bayangkan apakah prestasi atau pencapaian yang dihasilkan jika anda menaiki empat pengangkutan yang berbeza ini?
Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment