Monday 6 February 2017

Hantaran Tema Merah Putih

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Jom kita bereksperimen membuat hantaran berwarna merah dan putih pula. Kali ini hantaran untuk majlis persandingan daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Saya mendapat inspirasi semasa ke Nilai 3 untuk mencari barangan perkahwinan sebaga persiapan majlis abang saya. Kebetulan staf di kedai bunga yang saya masuk sedang menyiapkan satu tempahan. Yang membuat saya tertarik adalah daun tanduk rusa yang digunakan. Terasa ingin bereksperimen menggunankan bahan yang sama.

Inspirasi daun tanduk rusa
Kalau kedai buat, polosterin pun tidak dibalut
Saya pun mula memilih bunga yang bersesuaian dengan tema merah putih yang diigini abang. Dapatlah jambangan bunga yang saya kira cantik, berpatutan pula harganya.

Saya ni suka mencari bunga yang berkualiti tapi harga murah. Penat pusing pun tidak mengapa asalkan saya puas hati.


Kerja pun bermula. Perkara pertama perancangan. Cari idea susunan bunga dan barang-barang atas setiap dulang. Dulang kali ini seperti begini.


Lilit sekeliling dulang dengan renda manik yang berjuraian. Untuk mengelakkan pembaziran, ukur elok-elok saiz dulang sebelum membeli renda manik. Mahal renda manik ini, jadi jangnlah membazir.

Langkah ini sebagai alternatif sahaja. Tidak ada manik berjurai pun tidak apa. Tetap cantik.


Kemudan ukur dan potong kain atau kertas yang akan menjadi alas dulang. Pilihan ditangan anda. Saya menggunakan kain organza bercorak baldu.


Kemudian acara menggubah bunga. Potong polisterin dan bungkus dengan aluminium foil.


Letakkan polisterin di penjuru dulang. Gam atau ikat denag dawai supaya kukuh dan tidak terbalik setelah diletakkan bunga.


Gubahlah bunga mengikut kreativiti anda.



Ini dia hasil gubahan tujuh dulang hantaran bertemakan warna merah putih hasil kerja tanganku.


Selamat mencuba.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment