Sunday 5 February 2017

Tujuh Langkah Cara Cepat Muat Turun Video Dari Facebook

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Di zaman teknologi ini, kita semakin asyik menghadap telefon bimbit. Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan telefon pintar. Sehinggakan sambil berjalan dan memnadu pun menatap telefon. Hati-hati ya.

Salah satu aplikasi yang seakan wajib ada oleh setiap orang adalah Facebook. Selain tujuannya mengeratkan silaturrahim, aplikasi ini turut jua menjadi tempat mempromosi perniagaan dan menghebah maklumat. Jadi, tidak hairanlah banyak video yang dikongsikan.

Tapi, adakalanya kita ingin menyimpan sesetengah video di Facebook buat rujukan masa hadapan. Bagaimana caranya?

Harini saya ingin berkongsi tujuh langkah cara cepat muat turun video dari Facebook.

  1. Daftar masuk ke akaun Facebook anda dan cari video yang ingin dimuat turun.
  2. Klik kanan di atas video dan pilih 'Show Video URL'.
  3. Tetingkap kecil akan muncul memaparkan URL video tersebut. Tekan Ctrl+C untuk menyalin URL.
  4. Di web browser anda, pergi ke Address bar, tekan Ctrl+V. URL video yang anda salin tadi akan tertera di situ.
  5. Tukar awalan URL video daripada "www" ke "m". URL akan menjadi https://m.facebook.com/
  6. Tekan Enter untuk membuka versi baru video tersebut.
  7. Klik Kanan atas video dan tekan Save As atau Save Target As atau Save Link As (bergantung kepada web browser anda) untuk memuat turun video tersebut ke komputer anda. 
Mudah bukan.

Selamat mencuba.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment