Monday, 6 February 2017

Pengalaman Cemas di Kaherah

Teks: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Seronok pula mengimbau peristiwa cemas sepanjang kembara saya. Kali ini kisah pendek ketika saya di Kaherah.

Masih ingatkah anda dengan Revolusi besar-besaran di Kaherah untuk menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak pada awal tahun 2011? Boleh baca selanjutnya di pautan ini untuk mendapatkan gambaran: https://ms.wikipedia.org/wiki/Revolusi_Mesir_2011

Pada ketika itu kami tidak dibenarkan ke Kaherah sehingga keadaan reda. Ada beberapa staf syarikat bersama keluarga masing-masing dipanggil pulang atas faktor keselamatan.

Masuk suku ketiga 2011, keadaan sudah semakin baik. Saya bersama dua orang Bos ditugaskan ke Kaherah atas urusan kerja untuk beberapa hari.

Sampai di sana, kami menghadiri beberapa mesyuarat. Bos-bos saya pulang ke hotel setelah selesai namun saya mengambil keputusan untuk pulang lewat sedikit kerana ada perkara yang perlu dibincangkan bersama rakan sejawat saya.

Di sini, staf tidak dibenarkan memandu atas faktor keselamatan. Jadi setiap staf berkongsi pemandu untuk membawa mereka pergi dan balik ke pejabat.

Usai kerja, saya menumpang kereta rakan saya untuk pulang. Tidak berani saya mengambil teksi seorang diri ke hotel kerana hari sudah malam. Saya tidak fasih berbahasa Arab. Bimbang musibah berlaku.

Kami berbincang aturan perjalanan kami. Hotel saya letaknya agak jauh dari pejabat. Manakala rumah rakan saya berhampiran pejabat. Rumah pemandu pula jauh sedikit dari hotel.

Setelah bersetuju, kami singgah membeli McDonalds buat makan malam dan menghantar rakan say apulang. Tinggallah saya dan pemandu untuk pulang ke hotel.

Perjalanan kami sangat lancar pada mulanya sehinggalah kami memasuki kawasan bandar. Sesak teruk. Saya tertanya-tanya kenapa. Apa yang saya faham daripada pemandu yang kurang fasih berbahasa Inggeris adalah adanya sekatan jalanraya oleh askar yang memegang permerintahan sekarang.

Alamak, perintah berkurung masih berjalan ke? Saya lupa untuk bertanya dengan rakan sekerja tadi. Tidak juga teringat untuk bertanya Encik Google sebelum ke mari. Aduh.

Bila semakin hampir ke dalam bandar, saya lihat banyak kereta kebal. Apa pula ini?

Pemandu mula menukar haluan. Masuk ke dalam celah-celah bangunan dan taman-taman perumahan. Saya cemas. Jalan-jalan yang dibawa saya tidak cam. Bukan seperti jalan biasa yang kami lalui. Dia nak bawa aku ke mana ni?

Banyak sali saya bertanya tapi dia tidak menjawab. Fokus kepada pemanduannya.

Saya tidak peduli dengan caj roaming. Saya telefon rakan saya untuk memberi arahan kepada pemandu tersebut supaya jangan buat hal. Dia menganguk-angguk sambil memberi penjelasan dalam bahasa Arab.

Saya diam di belakang sambil bertawakal moga Allah lindungi saya dari segala musibah. Akhirnya saya sampai ke hotel.

Keesokan hari, saya diberitahu bahawa pemandu tersebut cuba menjari jalan pintas, tapi tersasar. Apapun beliau diberi amaran untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Dan saya diberi amaran supaya tidak berseorangan ke mana-mana.

Saya makan sambal belacan. Kadang-kadang terlupa yang sambal itu pedas, tapi masih makan.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment