Sunday 5 February 2017

Idea Bunga Telur Felt dan Foam Untuk Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersambung daripada cerita majlis Tahnik dan Cukur Jambul yang lepas, saya ada nyatakan yang bunga telur juga adalah hasil air tangan saya dan adik.

Untuk kelainan, kami menggunakan kain felt dan foam sheet. Bukan sahaja unik, malah dapat menjimatkan masa. Gunting dan tampal sahaja.

Buatlah pelbagai bentuk. Kami memilih tiga rupa utama iaitu botol susu, stroller dan gaun. Ditambah sedikit daun hiasan sebagai penyeri. Telur pula digantikan dengan gula-gula di dalam botol susu kecil.

Tips untuk mengelakkan pembaziran, pastikan anda sudah ada idea, lakaran saiz dan warna untuk bunga telur. Lakaran boleh dibuat di atas kertas biasa untuk menganggar saiz.

Kemudian anda boleh anggarkan kuantiti foam sheet dan felt yang diperlukan. Kombinasi warna juga penting untuk menampakkan kecerian dan menepati tema.





Siapkan 50 batang, pacaklah di pahar. Cantik kan. Warna-warni.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment