Sunday 5 February 2017

Barang Untuk Majlis Cukur Jambul dan Tahnik

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini.
Diharap anda semua sentiasa sihat dan ceria.

Kepada yang baru menyambut orang baru yang comel dalam rumahtangga, pasti anda akan merancang untuk menganjurkan majlis tahnik, aqiqah dan cukur jambul.

Saya juga berpengalaman menghadiri beberapa majlis seumpamanya. Juga pernah bersama-sama keluarga menganjurkan majlis tahnik dan cukur jambul buat anak saudara tercinta. 

Pada waktu itu, dekorasi dan cenderahati tiada masalah kerana kami sudah biasa melakukannya. Namun, disebabkan pertama kali kami menjayakan majlis begini, kami agak cemas memikirkan apa yang perlu disediakan untuk upacara tahnik dan cukur jambul itu sendiri.

Setelah bertanya Encik Google dan beberapa orang yang berpengalaman, tersedialah bahan-bahan berikut:

Untuk Bertahnik
  1. Manis - Gula batu, kurma dan kismis
  2. Masam - limau dan anggur
  3. Air zamzam
Untuk Cukur Jambul
  1. Bekas berisi air paip untuk mengumpul rambut yang digunting
  2. Gunting
  3. Bunga rampai


Sebaiknya bayi ditahnikkan oleh orang alim dalam ilmu agama. Tahnik dapat membantu bayi mudah meyusu dan cepat bercakap.

Manakala bercukur pula untuk membuang rambut asal yang tumbuh semasa proses pembentukan bayi di dalam perut ibu. Ini dapat menggalakkan pertubuhan rambut baru, Moga-moga rambut bayi tumbuh lebat.

Katanya juga rambut yang dicukur akan ditimbang beratnya. Kemudian ibu bapa akan bersedeqah nilai emas seberat rambut yang dicukur.

Semoga bermanfaat.

Sekian.

Ayu

1 comment: