Monday 6 February 2017

Oven Klasik

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Dalam teknologi moden sekarang ini, ada pelbagai pilihan oven di pasaran. Ada oven yang boleh dijadikan microwave. Ada juga yang mempunyai fungsi mengukus. Ada yang boleh bersihkan kotoran dan minyak sendiri. Disertakan pula dengan batu membuat pizza. Macam-macam lah.

Biras saya pandai membuat kek lapis. Ovennya ditempah khas dari Sarawak. Tidak menggunakan elektrik, tapi gas. Lebih jimat kerana kek lapis mengambil masa yang sangat lama. Rabak poket kalau menggunakan elektrik, lebih-lebih lagi kalau berniaga.

Ada jugak oven yang boleh membuat roti. Saya pernah memasuki kelas membuat kek anjuran tim Amway. Mereka menggunakan oven Noxxa untuk membuat kek.

Pendek kata sediakan duit. Dapatlah oven yang idaman.

Saya tidak berapa pandai menggunakan oven moden. Sejak kecil saya diperkenalkan dengan oven klasik yang ditenggek atas dapur gas. Agak-agak masih ada ke oven begini dijual. Ini kepunyaan mak saya. Kakak ipar saya pun terkejut semasa mula-mula lihat oven ini. Barang boleh masuk muzium.


Dah banyak juga biskut raya dan kek terhasil dari oven ini. Besar jasanya pada keluarga kami.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment