Monday 6 February 2017

Penilaian Kemahiran Pengurusan Projek

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya baru saja menerima satu email daripada HR syarikat yang keputusan penilaian tahap kemahiran/skill saya sudah keluar.

Saya ingin berkongsi tulisan saya di Facebook tentang apa yang saya lalui awal tahun ini semasa di sesi penilaian.

Bertungkus lumus membuat persediaan

"Harini tahap kemahiran/skill saya dalam bidang pengurusan projek dinilai. 

Sebagai persediaan, sepanjang tiga hari lepas, saya sudah mengulangkaji teori dan garis panduan yang berkaitan serta kumpulkan hasil kerja untuk ditunjuk kepada para penilai sebagai bukti.

Sebelum tidur, saya berdoa semoga Allah pernudahkan urusan - dapat panel penilai yang baik, menjawab segala soalan lancar, konfiden dan menepati kriteria yang penilai mahukan.



Pagi, keluar rumah, saya sangat gementar. Orang putih cakap "too many butterflies in the stomach". Bulat-bulat saya serahkan penuh kebergantungan pada Allah
Beberapa sahabat mengucap "good luck".

Sesi bermula jam 9 pagi. Selepas 2 jam 20 minit, saya ucapkan terima kasih kepada penilai.
Telefon suami.
"It was a tough assessment. I want to take half day leave." 
Suara sebak.

Dalam LRT pulang ke rumah, saya menangis . Malu orang tengok. Macam orang putus cinta.

Kenapa sedih?
1. Sebab rupanya masih banyak yang perlu saya tahu.
2. Ralat kerana menjangkakan persiapan yang saya buat sudah mencukupi.
3. Memikirkan akan bertambahkah masa untuk mencapai matlamat saya.

Setelah reflek, saya lebih bertenang.
Allah nak saya lebih lagi mendalami ilmu dan kemahiran.
Memberi makna kepada perkataan.
Berhujah dengan yakin dan fakta yang tepat.
Meneroka pengalaman yang berbeza.
Bersedia mental dan fisikal untuk perancangan seterusnya.
Kelak nanti bila berkongsi ilmu dan membimbing orang lain biarlah di jalan yang betul.

Jadi, kalau korang mempunyai rakan-rakan dan bekerja di bawah pemimpin yang rajin berkongsi ilmu, membimbing dan memandu setiap tugasan ke jalan yang betul, bersyukurlah.
Tentang masa, saya perlu mulakan sekarang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat. Amin.
Seperti arwah Ahmad Ammar cakap, "Dunia biarlah berpenat, akhirat tempat berehat"

Nak tau apa keputusannya? 
Tunggu dalam entri akan datang.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment