Tuesday 7 February 2017

Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan apa habaq sahabat semua. Harap sihat semua na.

Eh, cakap loghat utara pula. Tersampuk dengan tajuk entri kali ini.

Siapa suka menonton rancangan Selera Bajet di saluran Hypp Inspirasi? Kita serupa.

Rancangan ini sudah banyak berjasa kepada saya dan suami. Kami suka pergi mencuba tempat-tempat makan yang disarankan dalam program ini. Setakat ini, banyak menu yang sesuai dengan selera dan bajet kami.

Alang-alang sudah ada blog, saya fikir apa salahnya berkongsi di sini. Boleh juga dijadikan sumber rujukan akan datang.

Antara tempat-tempat yang Selera Bajet kunjungi dan bakal kami serbu adalah:

  1. Restoran Kapitan Briyani Claypot
  2. Nasi Kandar Kampung Melayu
  3. Laksa Janggus (3.30 petang ke atas)
  4. Nasi Dalca Rahim, Lebuh Queen (6.30 petang - 2.00 pagi)
  5. Pasembor Kareem, Jalan Union
  6. Roti Canai Sabar Menanti, Gemas Road


Manakala di bawah ini senarai tempat-tempat yang kami pernah kunjungi dan akan dikunjungi lagi:

  1. Gerai MAJ, Lebuh Queen 
    • Harus cuba roti capati paling nipis yang pernah kami makan. Padankan dengan ayam bawang yang lazat.
  2. Roti Canai Transfer Road
    • Menu wajib adalah roti bakar telur goyang dan roti canai kari kambing
  3. Ais Tingkap dekat dengan Pasar Chowrasta
    • Melepaskan lelah membeli belah jeruk Pak Ali dan belacan di Pasar Chowrasta dengan minum air sirap selasih dengan isi kelapadd
  4. Restoran Hameediyah
    • Ayam bawang yang paling menyelerakan setakat ini

Tempat-tempat yang selalu menjadi tumpuan tetapi bagi kami biasa-biasa sahaja adalah:
  1. Mee Sotong Padang Kota Lama Food Court
  2. Pasembor Padang Kota Lama

Mari saya belanja roti bakar Transfer Road satu. Silakan. Jemput makan.


Selamat menjamu selera.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment