Sunday 5 February 2017

Cara Masak Cepat dan Mudah Menggunakan Periuk Kukus

Teks dan Foto: Noorfiza Ayu Azmi
Email: noorfizaayu@gmail.com
Blog: www.noorfizaayu.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Sebagai seorang wanita yang bekerja, kadang-kadang kekangan masa dan keletihan pulang dari memerah otak seharian membuatkan kita mencari alasan untuk memasak. Ada juga surirumah yang tidak menang tangan melayan karenah anak-anak sehinggakan urusan memasak menjadi cabaran.

Saya ada satu cara yang saya amalkan untuk mempercepat proses memasak. Perlu menggunakan periuk kukus elektrik. Saya rasa dalam banyak-banyak pelaburan gajet dapur, periuk kukus inilah yang paling berbaloi.

Saya menggunak periuk kukus jenama Elba yang dibeli dari Lazada tidak sampai RM 100. Ianya datang dengan 2 tingkat pengukus dan satu bekas putih.


Periuk kukus elektrik dua tingkat

Bagaimana saya mengoptimumkan pelaburan saya?

Ya, saya pelbagaikan penggunaannya.

Sebagai contoh, bangun pagi sebelum bersiap-siap untuk solat dan pergi kerja, saya akan masukkan pau atau apam ke dalam pengukus untuk dijadikan sarapan.

Pulang dari kerja, saya akan memasak nasi, lauk dan sayur sekaligus menggunakan periuk kukus yang sama. Tiga dalam satu.

Di bahagian bawah saya letak nasi. Di bahagian atas saya letak lauk dan sayur. Kenapa?

Kerana tempoh masa memasak untuk setiap bahan tidak sama. Nasi memerlukan lebih kurang 30-40 minit untuk masak. Manakala lauk, contohnya sotong dan bendi hanya perlukan 3-4 minit.

Setelah sotong masak, bolehlah digaul dengan bahan-bahan untuk membuat kerabu sotong. Manakala bendi kukus pula boleh dijadikan ulam.

Bahan untuk kerabu sotong


Bendi kukus 3 minit

Bekas lutsinar microwaveable, bekas kaca dan bekas besi selamat untul digunakan dalam periuk kukus ini. Kadand-kadang saya memasak nasi dalam bekas lutsinar itu. Senang disimpan kalau nasi berbaki.

Contoh bekas lutsinar microwaveable. Ada pelbagai bentuk seperti bulat dan empat segi 
Untuk memasak nasi, sukatannya satu cawan beras bersamaan satu setengah cawan air. Hasilnya nasi kukus yang sangat lembut.


Nah, dah siap sarapan pagi dan makan malam yang mudah menggunakan periuk kukus elektrik. Saya juga menggunakan periuk ini untuk memanaskan lauk yang bersesuaian.

Antara menu lain yang pernah saya cuba adalah ikan kukus, telur kukus ala cina dan korea, sayur brokoli dan kobis bunga bersos tiram, sosej dan meatball kukus dan berbagai lagi,

Pencuci mulut puding karamel juga pernah dihasilkan dari periuk kukus ini.

Itu yang saya katakan berbaloi-baloi. Jadilah pengguna yang bijak. Cubalah.

Sekian.

Ayu

No comments:

Post a Comment